Alisya tidak kurang cantiknya juga. Pagi itu Alisya mengenakan t-shirt dan kain labuh sesuai untuk remaja berumur 16 tahun sepertinya. Rambut paras bahu dilepaskan dan menyepit dengan sepit yang sesuai dengan warna kainnya. Rambut depan paras kening dilepaskan, comel sungguh wajahnya.
Alisya mengenakan sedikit pelembap bibir cherri. Kulit mukanya yang putih diletakkan sedikit bedak serbuk. Matanya sungguh mengasyikkan, dengan anak mata berwarna biru laut, bulu mata yang lentik dan tebal. Sungguh menawan. Alisya ingin kelihatan cantik di hadapan Farish.
"Lisya! dah siap belum? bukan main lama lagi," panggil Khadijah. "Dah mama," balas Alisya segera mencapai beg pakaiannya turun ke bawah. "Haiih, bukan main lama lagi," usik Sudin. Alisya tersengih. "Dah lah, masuk kereta cepat Lisya..Aunty Mai dah tunggu dah dekat rumah, nanti mama dengan papa lambat pulak," bebel Khadijah.
Alisya hanya menurut, sepanjang perjalanan, hati Alisya tidak henti-henti berdegup. Perasaan aneh menyapa hatinya walaupun dia tahu itu ialah cinta. Walaupun baru berusia 16 tahun, Alisya berusaha untuk mencari cinta yang abadi. Bukan berlandaskan nafsu semata-mata.
Mereka akhirnya sampai di perkarangan rumah tersergam indah. Alisya hanya bangga sementara saja kerana di juga tidak kurang mewah juga. Cuma Puan Sri Maiyah lebih kaya darinya, tapi dia masih bersyukur. Alisya termenung melihat rumah itu sampai tidak sedar akan kehadiran Puan Sri Maiyah.
“Lisya, salam aunty tuh!” panggil Khadijah. Alisya tersentak dari lamunan. Terkedip-kedip dia memandang Puan Sri Maiyah yang tersenyum kepadanya, lantas dia menyalam tangan tua itu sambil tersenyum, “Lawa anak kamu Khad,” puji Puan Sri Maiyah. Alisya tersengih.
Khadijah tersenyum mendengar, Sudin turut begitu. “Jangan dipuji sangat Mai..nanti dah perasan lagi satu masalah..tadi nak siap pun ambik berjam-jam,” usik Khadijah. Alisya masih lagi membisu sambil tersengih. “Mama ni! Kantoi la dengan Aunty Mai!” balas Alisya.
Mereka semua ketawa melihat gelagat Alisya. Alisya juga turut seorang yang peramah dan mudah berkawan cuma dia suka berahsia masalahnya. “Ea..Mai, Khad dengan abang Din kena pergi ni..takut terlepas kapal terbang pulak,” pamit Khadijah setelah lama duduk ruang tamu Puan Sri Maiyah.
Hati Alisya tiba-tiba terasa sebak untuk berjauhan dengan Khadijah dan Sudin. Khadijah turut sedih untuk meninggalkan anaknya, tapi apakan daya, dia terpaksa. “Lisya..mama dengan papa pergi kejap aje..nanti mama dengan papa janji, mama datang ambik Lisya balik, okay?” pujuk Khadijah lembut sambil membelai lembut rambut anak comelnya.
Alisya menangis teresak-esak dan terus
memeluk mamanya. “Mama, dengan papa jaga diri tau..Lisya sayang mama dan
papa,” rintih Alisya lalu memeluk papanya pula. Sudin mengusap lembut belakang
anaknya. “Sudahlah sayang..nanti kalau Lisya nangis..mama dan papa tak sampai
hati nak tinggalkan Lisya,” pujuk Sudin pula.
Puan Sri Maiyah yang mendengar turut sebak
dengan permisahan keluarga ini.Dia faham dengan situasi Alisya lagi-lagi harus
berhadapan dengan anaknya yang berlagak dan ego tak bertempat itu. “Sudahlah
Lisya..aunty janji aunty akan jaga Lisya elok-elok..jangan risau ye,” pujuk
Puan Sri Maiyah selepas Alisya reda.
“Thanks
aunty,” ucap Alisya ikhlas dan terus memeluk erat tubuh Puan Sri Maiyah.
Selepas sesi air mata, Alisya memandang sayu kereta yang dipandu Pakcik Hamid
pemandu papa pergi. “Mari Lisya, umi tunjukkan bilik,” pelawa Puan Sri Maiyah.
Alisya tersenyum dan hanya menurut.
“Ini bilik Lisya..depan tuh bilik
Farish..bilik umi dekat bawah,” terang Puan Sri Maiyah. Alisya tenang dalam
suasana bilik itu. Warna hijau epal menjadi warna utama bilik itu. Konsep hijau
memang jadi kegemaran Alisya. Tenang dan damai. Hidupnya rasa hilang dari beban
masalah.
“Terima kasih aunty..” pangil Alisya gugup
untuk memanggil umi. “Lisya, panggil aja umi..umi lagi suka,” pujuk Puan Sri
Maiyah. Alisya mengangguk, “Baik umi,” ucap Alisya lembut. Tersenyum lebar
Puan Sri Maiyah. “Hari ni Lisya rehat je, okay? Biar kerja umi dengan Makcik
Munah buat.. nanti siap makan tengah hari, umi panggil Lisya,” beritahu Puan
Sri Maiyah.
Alisya berat hati untuk duduk sahaja, dia
biasa buat-buat kerja rumah, tapi sebabkan sayang akan Puan Sri Maiyah, Alisya
menurut. Alisya terbaring dan tersenyum lebar sebaik sahaja di beritahu bahawa
bilik hadapannya bilik Farish. Seronok yang benar-benar indah. Akhinya dia
lena.
ALISYA terpisat-pisat bangun, dia mengerling
jam epal di dindingnya, sudah pukul 3 petang, Alisya terus menghayunkan kakinya
ke bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai solat Zuhur, Alisya segera bergegas
turun ke bawah, sewaktu dia turun, dia dapat mendengar butir bicara Puan Sri
Maiyah dan Farish Haikal.
Alisya berhenti dan mencuri dengar. “Umi
kenapa tak bincang dengan Rish dulu?” tanya Farish geram. Dia benar-benar tidak
suka dengan Alisya yang akan diletakkan di bawah jagaannya. “Kenapa? Apa hak kamu nak halang umi bawak dia datang
sini? Ini rumah umi, bukan rumah kamu,” marah Puan Sri Maiyah.
“Tak boleh la macam ni umi..Rish tak suka la
dengan dia! Benci tau!” bentak Farish. Alisya yang mendengar seperti mahu
menitiskan air mata, tapi ditahan. Alisya menarik nafas dalam-dalam dan
melangkah ke ruang tamu. “Lisya,” panggil Puan Sri Maiyah.
Alisya tersenyum hambar. Farish memandang
Alisya, tiba-tiba hatinya diulit rasa teruja tapi pantas di tepis keluar.
“Haa..kau ingat, kau tuh tumpang..buat gaya tumpang,” herdik Farish. Puan Sri
Maiyah naik berang. “Kamu jangan nak kurang ajar Rish! Umi tak pernah ajar kamu
cakap macam tuh!” marah Puan Sri Maiyah.
Farish merengus dan berlalu naik ke atas,
sempat dia melanggar bahu Alisya sehingga terdorong ke lantai. Alisya hanya menunduk
tidak berani mendongak. Puan Sri Maiyah memandang simpati, kasihan dia melihat
Alisya yang takut.
Baru hari pertama sudah diherdik oleh Farish
padahal baru berumur 16 tahun tapi berlagak seperti berumur 24 tahun gayak\nya.
“Lisya, Lisya jangan hairan sangat dengan Farish tuh..nanti dia okay la tuh..Lisya lapar, ye? Umi ada
tuh.. pergi la makan..umi nak keluar sekejap, boleh kan?’ pujuk Puan Sri Maiyah
lembut.
Alisya mengangguk lambat. Alisya segera
bergerak ke dapur. “Lisya, makan nak,” jemput Makcik Munah. Alisya tersenyum
manis. “Makcik dah makan?” tanya Alisya lembut. Makcik Munah mengangguk lembut,
suka benar dia melihat wajah Alisya yang comel, pelik juga dia dengan anak
majikannya yang cukup membenci Alisya.
Kalau dilihat, Alisya tidak ada cacat
celanya. “Makcik dah makan..Lisya makan la ye..Lisya nak minum air apa? Makcik
buat kan,” tanya Makcik Munah. “Tak apa la, makcik..nanti Lisya buat
sendiri,” tolak Alisya, dia kalau boleh taknak menyusahkan orang di
sekelilingya.
“Tak apa Lisya..kamu kan baru hari ni
datang..bagi la makcik layan kamu elok-elok..haa, cakap cepat nak minum
apa..macam-macam ada tau,” usik Makcik Munah. “Hmm..boleh buatkan Lisya air
limau nipis..letak ais ea,” mintak Alisya sambil tersengih.
Makcik Munah mengangguk dan bergerak ke
dapur. Ketika Alisya hendak menyuakan nasi ke mulutnya, dia tiba-tiba berhenti,
tiba-tiba dia teringatkan balik amaran Farish, dia sendiri pelik kenapa laki
itu benci benar kepadanya. Akhirnya, Alisya mengambil keputusan untuk makan
sedikit sahaja, amaran itu mematikan seleranya.
Selepas makan, Alisya termenung di jendela
biliknya, untung biliknya menghadapan taman Mini Puan Sri Maiyah yang menghijau,
sungguh menyenangkan jiwanya. Adakah dia akan dihumban teruk oleh Farish? Dia berharap
tidak.
N/F : WHAT'S UP ? NOPEN BARU LAH :*